Tuesday, September 9, 2008

Anwar dan rejim nya...

"Dia (Anwar) sudah pergi terlalu jauh dan tak mungkin dia berpatah balik. Dia tahu perbuatannya salah, tetapi seperti juga budak nakal yang popular, dia mesti meneruskan kesalahannya itu. Perjuangannya sekarang memang tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya yang asal, tetapi apakan daya dia sudah terkepung oleh Nasara (USA) dan Yahudi yang banyak membantunya; bukan untuk kepentingan Malaysia dan rakyatnya, tetapi untuk kepentingan mereka." dipetik dari Gurubashid.com.
Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman. Apakah itu KAF?
Shahbudin Yahya, Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Yayasan dari Jerman itu. Selain itu, KAF juga didakwa terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC) yang merupakan satu isu sensitif berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini. Kini pertikaian tentang "Memeluk Islam" pula diperbincangkan oleh Majlis Peguam.

Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman yang berundur daripada kerajaannya.
The Penang Global Ethic Project, sebuah projek KAF di Malaysia). KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu Parti Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU). IDU beribu pejabat di London, United Kingdom dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (Perdana Menteri Australia).

KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”. Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.
Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).

Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu ‘Political Dialogue” dan “Media Development”. KAF di Malaysia digerakkan melalui cabang KAF Asia dan Kerjasama Antarabangsa, KAF Jerman. Misi “Political Dialogue” menyerap masuk melalui think tank dan individu yang berpengaruh di Malaysia. Think tank yang dimaksudkan itu seperti Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Strategic Resarch Centre (MSRC), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS).

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987, selepas dua tahun Anwar menubuhkan think tank elitnya sendiri iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Penyaluran dana KAF semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).
Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim adalah CEO IKD sekarang). Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD). Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).

Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.

Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat. Tidak hairanlah mengapa Anwar dijemput ke Amerika selepas itu.
Anwar diberikan layanan karpet merah ketika berkunjung di Amerika Syarikat oleh William Cohen). Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.
Anwar berucap di University John Hopkins, universiti di mana Paul Wolfowitz pernah menjadi Dekan sebelum mengetuai Pentagon menyerang Afghanistan dan Iraq). Anwar dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996). Pada tahun 1998, Newsweek International menamakan Anwar sebagai ‘Asian of The Year’.

Usaha KAF ini membolehkan Anwar dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan pada tahun 1997 dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO (2 Spetember 1998), bantuan KAF terhadap IKD seolah-olah terbantut kerana ramai di kalangan pengikut setia Anwar seperti Kamaruddin Jaafar telah ditangkap polis dan sesetengahnya telah melarikan diri ke luar negara.
Dari kiri ialah Dr Irmgard Schwaetzer (Ahli Lembaga Pengarah Friedrich Naumann Stiftung), Anwar Ibrahim dan Hubertus Von Welck (Pengarah FNF Rantau Asia & Asia Tenggara) dalam program Internal Freidrich Naumann Foundation Meeting pada 12-15 Jun di Kuala Lumpur. Ini bermakna Anwar juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut?).

Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan “think tank” antarabangsa untuk melobi membebaskan Anwar. Ezam Mohd Nor (bekas Timbalan Pengarah IKD), Nurul Izzah Anwar dan Rahim Ghouse telah berjumpa dengan tokoh-tokoh Indonesia dan Filipina yang pernah menjalin hubungan dengan IKD di peringkat ASEAN sebelum ini. Antara tokoh-tokoh yang dikunjungi Ezam dan Nurul Izzah seperti BJ Habibie (CIDES), Gus Dur, Dr Amien Rais, Estrada dan Cory Aquino.

Maka tidak hairanlah mengapa Gus Dur dan Estrada sanggup turun untuk berkempen bagi memenangkan Anwar di Permatang Pauh. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September ini? Seolah olah ada satu paksaan dan desakan untuk Anwar cepat cepat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia. Siapakah mereka yang mendesak itu?

Wednesday, August 27, 2008

Al kisah si anwar...

arrrgghhh... tension nya aku... asal jalan jem jer, mesti pasal Anwar... asal pasal Anwar jer, jalan jem... ko ni nyusah kan aku lah Nuar...

aku dgr2... Pak Anwar kita ni nak gi angkat sumpah di parlimen yer....

dia kata kalau dia menang, esok dia akan pergi GEGARKAN parlimen....

lantak kau lah Nuar... asalkan jangan jalan jem sudah, aku dh letih melayannya...
haaaa.... apa citer dengan si bodoh saiful tuh... kutu punya olang....

bersumpah konon... akan dilaknat allah sehingga kiamat konon... telah di liwat 8 kali pulak tuh....

dalam rakaman vdeo yang aku terima... saiful bersumpah telah di liwat oleh anwar dengan memasukkan zakarnya ke dalam lubang duburnya....

manakala hospital pusrawi mendapat laporan yang di buat oleh saiful... dubur nya telah di tusuk dengan bahan plastik....

mana satu yang betul ni syaaaiiiittonnnnnn......

al kisahhhh..... ayyiibbbb...
al kisah maka tersebut lah kisahhh...ayyiibbb...
sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan firaunnnnn....

Firauann mana pakai sultannnn... bodoh, baca pun tak tau...

(moral of the story, jangan berlagak pandai nak mampos... rupanya bengap yang amat...)

Wednesday, August 20, 2008

Lim Tergolek Dog...?

Kontroversi berhubung dakwaan kes penyelewengan tanah di Pulau Pinang sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Menteri (KM), Lim Guan Eng dan bekas KM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berdebat secara terbuka yang turut disiarkan secara langsung malam tadi.

Debat bertajuk 'Kisah Benar kontroversi tanah di Pulau Pinang' itu berlangsung selama satu jam yang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim memulakan debat dengan mendedahkan lima kes 'skandal tanah' yang didakwanya akan mengakibatkan kerugian sehingga RM1.5 bilion kepada kerajaan negeri - yang didakwa berlaku akibat kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Dr Koh sebelum ini.

Kedua mereka kemudiannya memfokus perhatian kepada satu kes yang membabitkan pentadbiran sebelumnya berhubung kelulusan satu permohonan bagi 4.25 hektar tanah di daerah Seberang Perai Tengah kepada seorang kontraktor swasta untuk menjalankan aktiviti kuari.'

Kes RM40 juta' itu kini terbabitkan dalam kes mahkamah antara kerajaan negeri dengan seorang kontraktor persendirian.

Lim berkata, dokumen-dokumen menunjukkan bahawa hampir kesemua jabatan-jabatan teknikal menentang keputusan kerajaan untuk menganugerahkan tanah tersebut kepada seorang individu tunggal.

Dr Koh sebaliknya menyalahkan satu kesilapan pentadbiran yang berlaku pada tahun 1960-an dan menegaskan bahawa fokus kerajaan negeri sekarang sepatutnya ialah memenangi kes mahkamah tersebut..

Apabila pengantara debat, Datuk Johan Jaafar bertanya apakah perlunya kontroversi tanah itu dibangkitkan sekarang dan sama ada ianya bertujuan untuk mencari kesalahan orang lain, Dr Koh merebut peluang itu untuk menuduh Lim sengaja mempolitikkan perkara itu untuk menjejaskan kredibiliti pentadbiran sebelumnya.

Sungguhpun dicabar beberapa kali oleh Lim untuk menjawab dakwaan tertentu mengenai apa yang dipanggil "penipuan tanah" di Pulau Pinang, Koh berkata beberapa kes masih didengar di mahkamah dan beliau enggan mengulas mengenainya kerana ia subjudis.

Menurut Koh, pihaknya hanya boleh memberikan jawapan selepas kes berkenaan selesai didengar oleh mahkamah.

Koh juga berkata sepanjang 18 tahun, lebih 10,000 fail tanah berjaya diselesaikan.

"Peratusan pencapaian kerajaan BN menyelesaikan fail tanah di Pulau Pinang ialah 99.9 peratus," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP pula menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang baru untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya.

Katanya, ia selaras dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru CAT (cekap, bertanggungjawab dan telus) dan ia tidak akan menutup sebarang kesalahan daripada pengetahuan rakyat.

Lim dan Dr Koh juga berdebat mengenai mengapa kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap 'kes RM40 juta' itu hanya diberi amaran.

Lim berkata, kakitangan terbabit sepatutnya dikena hukuman yang lebih berat, seperti dipindahkan jabatan.

Dr Koh menjawab, perkara itu telah disiasat secara dalaman dan juga oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tiada bukti kukuh ditemui untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa.

Katanya, jika Lim tidak puas hati dengan dua siasatan BPR terhadap perkara tersebut, maka ketua menteri itu boleh memulakan satu lagi siasatan.Ini merupakah perdebatan kedua Dr Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, dengan Lim sejak tahun 1990 di Pulau Pinang.

Bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Aziz Deraman bertindak bertanyasoalan bagi pihak Koh manakala Editor Politik media internet Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid bagi pihak Lim.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Koh berkata pihaknya berpendapat adalah tidak baik untuk mempolitikkan isu-isu mengenai tanah demi kepentingan kerajaan negeri sekarang.

"Saya sebenarnya berhasrat baik di mana saya menasihatkan sebagai satu syarat untuk debat bahawa kita berdebat selepas pendengaran mahkamah selesai tapi beliau (Lim) tidak mahu dengar," katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai isu tersebut selepas menyaksikan debat berkenaan.

Tuesday, August 19, 2008

Debat



Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.Debat dibawah tanjuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3.Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu

There were no Anwar Cronies?

Not even one crony? The Star online's report, Anwar: Name my 'cronies' (excerpts below) is intriguing. The question that came to my mind was, Did Anwar really say that?

When Anwar Ibrahim was DPM and Finance Minister, many businessmen were linked to him. There were, or course, many, many more who claimed that they were linked to him. The joke among us disillusioned reporters then was: "Mahathir has Ting, Anwar has Tong". Sure, people said Ting Pek Khiing and Tong Kooi Ong were fairly big corporate names even before they were labelled Dr M and Anwar's cronies, but the fact remained that they were seen to be extra close to the two.

I also remember the list of so-called cronies put up by Dr M at the PWTC in 1998. It was said that there were many Anwar's cronies on that list. Can't recall their names, though.

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged his detractors to name the people who allegedly benefited from his position when he was deputy prime minister and finance minister.

“There was no such thing. If you know of the people who benefited, you should identify them. Do not just make claims,” he said.

Sunday, August 17, 2008

Belum berkuasa, dah loghat ...

Inilah bila cakap tak serupa bikin…keluh beberapa orang wartawan mengenai insiden sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat memukul dua orang jurugambar selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam tengahari Sabtu.

Dalam sidang media pagi Ahad di pejabat PKR Yayasan Aman di Penanti, Anwar mulanya seronok hentam beberapa media terutama Utusan Malaysia dan RTM yang didakwanya, melaporkan jumlah penyokong PKR ketika penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam, semalam sama banyak.

“Mereka (media) ini buta kira-kira. Kalau duduk atas pentas macam kami, nampak sampai jumlah yang ikut UMNO atau BN tak sampai satu perlima (berbanding penyokong PKR),” katanya menuduh media tak putus-putus membuat fitnah terhadapnya.

Selepas itu Anwar melenting lagi bila seorang wartawan Berita Harian berkata, budaya samseng menular dalam PKR selepas insiden seorang jurugambar turut dipukul baru-baru ini.
“Ini budaya Berita Harian yang mesti dibetulkan. Bila Khairy (Jamaluddin) dan kumpulan baling botol itu tak salah. Budaya ini budaya khianat dan dengki yang mesti dibetulkan,”

‘Saya kata kalau ada daripada akhbar atau kerja politik parti Keadilan atau PAS, DAP yang salah mesti dihukum tetapi negara ini mesti berlandaskan hukum bukan hukum rimba yang disokong media mereka,’ katanya dalam nada geram.

Mudah kata, dalam sidang media kali ini, Anwar tak dapat soalan yang dia suka nak jawab kerana wartawan yang hadir rata-rata macam sudah bosan dengan cara Anwar layan sesetengah media selama ini.

Apatalah lagi dengan insiden jurugambar dan wartawan kena pukul. Ada wartawan yang merungut kerana Anwar bukan hendak minta maaf tetapi terus hentam media macam dia seorang sahaja yang hebat dan betul.

Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak baik bagi kebebasan media.

Tuesday, July 15, 2008

Anwar atau Shabery...


Apa hal la debat Anwar ngan Shabery ni. Shabery memalukan Pak Lah dan BN. Tak boleh jawap langsung. Lain ditanya lain dijawab. Tapi apa boleh buat Pak Lah bukan tau malu.

Tapi aku tak kisah cuma pertanyaannya bukan siapa menang (dah sure Anwar menang sebab dia memang kaki debat dari zaman MCKK lagi) soalnya apakah masalah aku nak isi minyak kapcai aku selesai atau tidak?

Lagi aku nak tanya boleh tak barang turun harga. Aku tak kirala saper jadi kerajaan janji barang-barang makanan aku dan makbapak aku mampu beli

Korang berdebat la tujuh-hari-tujuh-malam, menanglah Anwar ker, Kit Siang ker, Samy Vellu ker, janji rakyat marhein macam aku tak susah

Kalau betol la cakap Anwar, Pak Lah dan konco-konconya praktik kanlah "formula" dia. Kalau dia betol tentu harga minyak, harga makanan, harga semua dapat turun.

Kalau dia tak betol bukan salah BN salah Anwar bagi "formula" penipu. (Pada aku semua politikus ni hidup menipu). Jadi tak payahlah kita mengundi pakatan rakyat.

Kan senang . . . .